Ringkasan Mesyuarat Agong Khas.
1. Laporan Kewangan oleh Bendahari : En. Amram Bin Mat Rom
Rekod bayaran ahli:
Rm 100.00 yuran kemasukan.
Seramai 38 ahli berbayar : RM 3800.00
Setakat Feb 2013 :
Jumlah terkumpul : RM 11,210.00 melalui yuran dan tambahan syer.
Jumlah perbelanjaan : RM 14, 354.25
(lebihan perbelanjaan sebanyak RM 3,144.25 adalah dari lain-lain sumbangan)
2. Pembentangan Perancangan Ekonomi 2013 oleh Biro Ekonomi – En. Nazri Bin Hasan
Menumpukan kepada pemasaran produk desa.
Mewujudkan lebih ramai usahawan dari kalangan ahli Kodesa.
Menjadi pusat pemasaran produk IKS/PKS.
Melalui perancangan 4 suku tahunan:
Q1 (Januari – Mac)
Tambah bidang koperasi.
Mendaftarkan koperasi dengan agensi kerajaan yang berkaitan seperti FAMA, Miti dan KKLW.
Permohonan lesen.
Q2 (Mac – Jun)
Membentuk organisasi pemasaran.
Kenalpasti IKS/PKS yang sanggup bersama.
Menyediakan alat-alat pemasaran termasuklah media it seperti blog, laman web, broucher dll.
Meneruskan program kayuhan ke seluruh Malaysia.
Q3 (Julai – September)
Memilih produk yang sesuai untuk dipasarkan.
Orientasi IKS/PKS dan mengadakan perjanjian / MOU.
Hasil akan dilihat dengan kemunculan IKS/PKS dari kalangan ahli Kodesa.
Q4 (Oktober – Disember)
Memasarkan produk ke dalam dan luar negara.
3. Usul dari En. Radzi Bin Hj Dahman berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Kali Ke-8 untuk menambah fungsi dan aktiviti koperasi.
4. En Iqbal dari SKM mengesahkan penambahan fungsi dan aktiviti dikenakan caj minima RM 20.00 dan maksima RM 100.00
5. En. Radzi Bin Hj Dahman mencadangkan menambah fungsi/ aktiviti iaitu mengimpot mesin pertanian dan disokong oleh En. Mohd Hamdan Bin Mohd Rubi
6. En. Azman Tikah Bin Amdan mencadangkan menambah fungsi/ aktiviti iaitu pengiklanan dan percetakan dan disokong oleh En. Mohd Surigar Bin Md Sachari.
7. En. Asnan mencadangkan menambah fungsi/ aktiviti iaitu pengurusan acara dan disokong oleh En. Nazri Bin Hasan.
8. En. Mohd Nidzam Bin Hj Samsuri mencadangkan menambah fungsi/ aktiviti iaitu penerbitan buku dan filem dan disokong oleh En. Yusof.
9. En. Ramli Bin Saimon mencadangkan menambah fungsi/ aktiviti iaitu agen insuran dan disokong oleh En. Mohd Nidzam Bin Hj Samsuri.
10. Puan Rohaida mencadangkan menambah fungsi/ aktiviti iaitu salon kecantikan dan spa dan disokong oleh Puan Monaliza.
Lain-lain Hal / Usul-usul Berbangkit
1. En. Idris menanyakan kepada pihak SKM mengenai geran-geran yang boleh dipohon oleh koperasi dan pihak SKM memaklumkan geran boleh diberi setelah 8 bulan beroperasi. SKM sentiasa memerhatikan pergerakan Kodesa dan mendapati Kodesa berada di prestasi yang baik malahan pencapaian terbaik ialah Kodesa telah dapat bertemu dengan Pengarah SKM Negeri dalam tempoh 3 bulan beroperasi selepas penubuhan bagi memperkenalkan produk Kopi Ranggi.
2. Puan Rohaida bertanyakan tentang bentuk kerjasama dengan koperasi untuk beliau memasarkan produk makanan seperti ikan kering dan Pengerusi Kodesa menjelaskan bahawa pihak koperasi boleh memasarkan produk secara usahasama dan pihak Puan Rohaida boleh dilantik sebagai pembekal setelah perbincangan dan MOU dimeterai.
3. En. Mohd Surigar Bin Md Sachari mengusulkan pengisian jawatan Timbalan Setiausaha dan mencadangkan En. Mohd Nidzam Bin Hj Samsuri sebagai calon. En. Abd Ghaffar Bin Harun menyokong cadangan tersebut.
4. En. Nazri Bin Hasan mencadangkan agar cadangan ditutup dan disokong oleh Puan Rohaida.
5. Perlantikan En. Mohd Nidzam Bin Hj Samsuri mendapat sokongan sebanyak 27 undi.
6. En. Nazri bin Hasan mengajukan soalan mengenai kaedah untuk ahli dan koperasi memohon pinjaman kewangan dan wakil SKM menjelaskan bahawa ahli tidak layak memohon pinjaman secara terus dengan SKM, manakala koperasi boleh memohon pinjaman tidak bercagar dan pinjaman bercagaran. Maksima jumlah pinjaman ialah RM 10 juta dengan kadar faedah terendah berbanding dengan pinjaman bank.
7. En. Asnan mengajukan soalan mengenai cagaran yang diperlukan samaada dari aset milik koperasi atau dari aset ahli dan wakil SKM menjelaskan bahawa ahli boleh memberi pinjaman aset kepada koperasi sebagai cagaran melalui perjanjian yang dibuat diantara ahli dengan koperasi. SKM akan memastikan cagaran tidak tergadai, juga akan menyemak perjanjian diantara ahli dengan SKM supaya mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
8. En. Radzi Bin Hj Dahman bertanyakan mengenai tanah-tanah dibawah pengurusan SKM yang tidak diusahakan untuk dipajak oleh Kodesa dan wakil SKM menjelaskan SKM masih mengkaji kaedah dan formula untuk tujuan tersebut dan tanah-tanah tersebut boleh dipajak mengikut kesesuaian aktiviti dan lokasi.
9. Pengerusi Kodesa menangguhkan mesyuarat pada jam 4.51 petang.
Sertai kami di 1kubsb untuk diskaun dan rebat tunai koperasi tuan/puan.
ReplyDelete