LATAR BELAKANG

SEJARAH PENUBUHAN KOPERASI
Koperasi Usahawan Produk Desa Shah Alam Berhad diilhamkan setelah sekumpulan usahawan mengadakan lawatan ke IKS / PKS di Sabak Bernam, Selangor pada 4 Februari 2012 dan mendapati potensi produk desa untuk dikembangkan dan dipasarkan dengan lebih meluas dan sistematik. Hasrat untuk membantu IKS / PKS meningkatkan kualiti dari segi pengeluaran, pembungkusan, pensijilan dan pengiktirafan direalisasikan dengan penubuhan Koperasi Usahawan Produk Desa Shah Alam Berhad.
KOPERASI USAHAWAN PRODUK DESA SHAH ALAM BERHAD (KODESA) ditubuhkan pada 16 Jun 2012 dibawah Akta Koperasi 1993 yang beralamat di No. 32, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/A, 40100 Seksyen 9, Shah Alam, Selangor.

Pada Disember 2012, pejabat urusan koperasi telah berpindah sepenuhnya di alamat:

No 53-2, Jalan Pulau Lumut PU 510/P, Taman Alam Budiman, Seksyen U10
40710 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan


KOPERASI USAHAWAN PRODUK DESA SHAH ALAM BERHAD (KODESA) dikendalikan oleh enam orang Ahli Lembaga Koperasi bersama seorang Penasihat dari pelbagai latar belakang pekerjaan dan perniagaan bersama-sama AJK Audit Dalaman, Pemegang Syer dan Biro.

PENGERUSI
 Encik Mohd Radzi Bin Hj Dahman

TIMBALAN PENGERUSI
 Encik Mohd Hamdan Bin Mohd Rubi

SETIAUSAHA
 Encik Nik Zamzuki Bin Nik Lah

BENDAHARI
 Encik Amram Bin Mat Rom

TIMBALAN SETIAUSAHA
 Encik Mohd Nidzam Bin Hj Samsuri

KETUA BIRO
Encik Azizan Bin Muhammad

FUNGSI DAN AKTIVITI
Fungsi utama koperasi ini ialah pertanian. Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:
(a) menjalankan aktiviti yang berkaitan perikanan;
(b)menjalankan aktiviti ternakan;
(c)menjalankan aktiviti industri asas tani;
(d)menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota;
(e)membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan    memiliki harta alih dan harta tak alih;
(f)melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta;
(g)mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; dan
(h)menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain.

VISI
Menjadi wadah untuk pembangunan ekonomi dan keusahawanan melalui produk desa.

MISI
Melaksanakan aktiviti dan program berkaitan ekonomi dan pertanian untuk mencapai objektif pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment